fbpx

Wabak Salmonella berpunca daripada bawang menular di Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

WASHINGTON – Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) bersama Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menasihati pengguna mengelak daripada membeli bawang tertentu berikutan wabak Salmonella yang dilaporkan di beberapa negeri termasuk Puerto Rico, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Beberapa syarikat telah menarik balik keseluruhan bawang kuning, merah dan putih kerana berpotensi menyebabkan penyakit Salmonella.

Kesemua bawang itu dibekalkan oleh syarikat ProSource Produce LLC dan Keeler Family Farms. Bawang tersebut diimport dari Chihuahua, Mexico antara 1 Julai hingga 31 Ogos lalu, kata CDC.

FDA juga menyenaraikan  bawang kuning dan putih daripada Green Giant Fresh serta bawang dalam kit makanan tertentu daripada EveryPlate dan HelloFresh yang ditarik balik kerana mempunyai risiko berlakunya pencemaran.

Beg bawang  seberat 1.34 dan 2.27 kilogram daripada pembekal Alsum Farms & Produce Inc, Potandon Produce LLC dan Pier-C Produce itu diimport dari Chihuahua, Mexico.

Bekalan tersebut diedarkan antara Julai dan Ogos lalu yang juga termasuk dalam senarai ditarik balik, demikian menurut FDA.

CDC melaporkan berlaku sekurang-kurangnya 892 jangkitan  dan 183 kes kemasukan ke hospital berkaitan wabak Salmonella setakat ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI