fbpx

Petani hasilkan bateri daripada najis lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najis lembu diproses menjadi bateri bersaiz AA. - SWNS

LONDON – Sekumpulan petani di Britain menghasilkan tenaga elektrik menggunakan najis lembu dengan cara memproses bahan buangan itu menjadi bateri bersaiz AA , lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Bateri boleh dicaj semula itu mungkin merupakan sebahagian daripada penyelesaian tenaga boleh diperbaharui Britain kerana 1 kilogram najis lembu boleh menghasilkan 3.75 per kilowatt jam (kWh) tenaga elektrik. 

Ia cukup untuk menghasilkan tenaga elektrik sebuah pembersih vakum selama lima jam, atau menyeterika pakaian selama 3.5 jam.

Koperasi tenusu Arla, yang membangunkan bateri itu dengan syarikat pakar bateri, GP Batteries, mendakwa bahawa tenaga yang terhasil daripada najis seekor lembu boleh memberi kuasa kepada tiga isi rumah selama setahun.

Hasilnya, najis daripada 460,000 ekor lembu boleh menjana kuasa elektrik kepada 1.2 juta kediaman di Britain.

“Terdapat banyak potensi bagi inovasi seperti pencernaan anaerobik untuk menyumbang kepada keperluan tenaga boleh diperbaharui di Britain, sambil mengurangkan pelepasan ladang dengan sesuatu yang tersedia di ladang kami iaitu najis,” kata petani Arla, Neil Ridgway.

Ketika proses penghadaman anaerobik, bahan organik seperti sisa haiwan dipecahkan untuk menghasilkan biogas dan baja bio.

Proses itu berlaku dengan ketiadaan oksigen dalam tangki bebas oksigen yang tertutup dan dipanggil penghadam anaerobik, yang akhirnya akan menghasilkan biogas.

Selepas biogas dibersihkan, ia dibawa ke unit Gabungan Haba dan Kuasa (CHP), di mana ia digunakan untuk menjana tenaga boleh diperbaharui. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN