fbpx

Lelaki rentung terperangkap dalam Perodua Alza terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat mangsa dan kenderaan Perodua Alza yang hangus terbakar di Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Perodua Alza yang terbakar di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 7.05 malam itu, mangsa yang masih belum disahkan identitinya dipercayai terperangkap dalam kenderaan dipandunya.

Api yang marak begitu cepat turut menyebabkan sebuah kereta Perodua Viva yang diletakkan berhampiran hangus hampir 60 peratus.

Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan keluar daripada kenderaan melalui tingkap namun usaha berkenaan gagal. – K!. ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI