fbpx

Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir Indonesia Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON-WOOI YIK berjaya melangkah ke separuh akhir Indonesia Masters dengan menewaskan Yang-Chi Lin di Bali, Indonesia sebentar tadi.

BALI, Indonesia – Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan ke separuh akhir pada kejohanan badminton Indonesia Masters selepas menewaskan wakil Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin pada suku akhir sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, beregu yang berada di ranking ketujuh dunia itu melakar kemenangan pertama dalam empat pertemuan ke atas pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menerusi keputusan straight set 21-13, 21-15.

Kemenangan tersebut nyata memberi suntikan semangat buat Aaron-Wooi Yik menjelang aksi separuh akhir menentang beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang menewaskan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

“Kami tahu mereka (Lee Yang-Chi Lin) adalah pemenang pingat emas Sukan Olimpik dan tidak pernah menewaskan mereka sebelum ini. Kemenangan ini pastinya menjadi pembakar semangat untuk kami teruskan kemaraan.

“Apa yang paling penting hari ini adalah kami tidak terlalu fikirkan kemenangan kerana kami tewas pada Terbuka Perancis dahulu disebabkan perkara ini. Hari ini kami benar-benar bagi sepenuhnya terhadap permainan,” kata Aaron sejurus tamat perlawanan.

Tambah pemain kelahiran Melaka itu lagi, corak permainan yang ditampilkan pada hari ini nyata meletakkan beregu Taiwan tersebut dalam keadaan tertekan, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk mengutip mata.

“Saya percaya permainan kami hari ini membuatkan mereka bermain dalam tekanan. Kami gunakan pengalaman sebelum ini dengan sebaiknya dan saya gembira ia sangat membantu kami di sini,” ujarnya.

Turut memastikan tempat ke pentas separuh akhir esok adalah beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang menewaskan rakan senegara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei 21-13, 18-21, 21-18. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI