fbpx

Harga RON97, 95 dan diesel kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol bagi RON97 kekal pada paras RM3.08 seliter bermula esok sehingga 24 November depan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, petrol RON95 juga kekal pada harga RM2.05 seliter, begitu juga dengan diesel (RM2.15 seliter).

Katanya, penetapan harga tersebut dibuat bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global sungguhpun harga bagi kedua-dua produk berkenaan telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI