fbpx

De Paula ketuai serangan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
De Paula (tengah) menjadi pilihan Cheng Hoe mengetuai jentera serangan Harimau Malaya. - FAM

PETALING JAYA – Penyerang naturalisasi negara, Guilherme de Paula sah mengetuai jentera serangan skuad Harimau Malaya pada kempen Piala AFF Suzuki 2020 yang akan berlangsung di Singapura bulan depan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan senarai 28 pemain termasuk tiga nama tambahan yang diletakkan pada senarai menunggu untuk menjalani kem latihan pusat bermula 22 November depan.

Hanya pemain yang pasukannya sudah terkeluar daripada saingan Piala Malaysia , sama ada peringkat kumpulan dan suku akhir akan melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Isnin nanti.

Ia kemudian bakal disusuli pemain yang pasukannya tersingkir pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia untuk melapor diri pada 28 November.

Seterusnya, pemain yang pasukannya layak ke final Piala Malaysia akan melapor diri pada 1 Disember sebelum skuad kendalian Tan Cheng Hoe berlepas ke Singapura pada 3 Disember.

Bagi pemain-pemain yang berpangkalan di luar negara, mereka akan melapor diri mengikut tarikh pelepasan yang diberikan oleh kelab masing-masing.

Cheng Hoe hanya akan menyenaraikan seramai 24 pemain untuk skuad akhir ke Piala Suzuki AFF pada 3 Disember depan. – K! ONLINE

Senarai pemain Skuad Harimau Malaya:

PENJAGA GOL
Khairulazhan Khalid (Selangor FC)
Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United)
Azri Ab Ghani (Perak FC)

PERTAHANAN
Aidil Zafuan Abd. Radzak (JDT)
Shahrul Saad (JDT)
Rizal Ghazil (KDA FC)
Ariff Farhan Md. Isa (KDA FC)
Syahmi Safari (Selangor FC)
Arif Fadzilah Abu Bakar (TFC)
Quentin Cheng (Penang FC)
Dominic Tan (Police Tero)
Junior Eldstal (Chonburi FC)
Dion Cools (Midtjylland)

TENGAH
Kogileswaran Raj (PJ City)
Kenny Pallraj (KL City)
Akram Mahinan (KL City)
Faisal Abdul Halim (TFC)
Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)
Mohd. Fayadh Zulkfili (KDA FC)
Baddrol Bakhtiar (KDA FC)
Akhyar Rashid (JDT)
Mohamadou Sumareh (JDT)

PENYERANG
Safawi Rasid (JDT)
Syafiq Ahmad (JDT)
Guilherme de Paula (JDT)
Shahrel Fikri Md. Fauzi (Selangor FC)
Darren Lok (PJ City)
Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk).

SENARAI MENUNGGU
Kalamullah Al-Hafiz Md. Rowi (PJ City/Penjaga gol)
Rodney Celvin Akwensivie (KDA FC/Pertahanan)
Hakimi Abdullah (TFC/Tengah)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI