fbpx

Tiada kes wabak kolera di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Akmal

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Tiada kes wabak kolera dilaporkan di negeri Perak setakat ini, namun semua pihak diingatkan
supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjaga aspek kebersihan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, ini bagi memastikan tidak berlaku jangkitan wabak tersebut di negeri ini

“Setakat ini tiada laporan diterima di negeri ini tetapi kita ambil maklum bahawa kes ini sudah ada di Selangor.

“Harapan kita agar rakyat memberi kerjasama, jagalah kebersihan diri dan pemakanan, amalkan minum air yang telah dirawat atau dididihkan dan elakkan makan makanan mentah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Kuari dan Kilang Kelapa Sawit Lestari sempena Sambutan Hari Alam Sekitar negeri Perak 2021 di sini hari ini.

Mohd. Akmal berkata, kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap penularan wabak itu memandangkan ia boleh membawa kepada kematian.

“Mana-mana individu yang mempunyai gejala walaupun sedikit dinasihati agar segera berjumpa doktor,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan kes taun atau kolera mula dikesan di daerah Petaling, Selangor.

Penyakit kolera atau taun merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang berpunca daripada jangkitan bakteria.

Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit manakala gejala serius boleh membawa maut akibat dehidrasi yang teruk. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI