fbpx

NCIA lepasi sasaran pelaburan 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

PUTRAJAYA – Peranan strategik dan proaktif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan pelan tindakan menangani pemulihan pasca pandemik yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Strategik (SDP) Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) 2021-2025 mendapat pengiktirafan semasa Mesyuarat Majlis NCIA ke-27 hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, strategi yang diambil telah membuahkan hasil dengan pelaburan besar sebanyak RM21.41 bilion, peningkatan 34 peratus daripada sasaran awal sebanyak RM16 bilion.

Katanya, sektor pembuatan kekal sebagai aktiviti utama dalam NCER, menyumbang sebanyak 32 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dengan pelaburan yang diluluskan dalam sektor itu meningkat sebanyak 304 peratus daripada RM11.8 bilion pada separuh kedua 2020 kepada RM47.91 bilion pada separuh pertama 2021, menandakan pemulihan jangka panjang.

“Pemulihan dalam permintaan global membawa pertumbuhan perdagangan luar NCER sebanyak 13.1 peratus tahun ke tahun, merekodkan sebanyak RM191.7 bilion pada suku ketiga 2021 dengan jumlah sebanyak 35.1 peratus daripada
keseluruhan nilai perdagangan luar Malaysia.

“Pendekatan serampang tiga mata NCER yang memperkasakan kumpulan mudah terjejas melalui program modal insan yang berpaksikan rakyat, memangkin pertumbuhan ekonomi serantau yang seimbang melalui infrastruktur strategik dan memacu pelaburan swasta untuk menangani ketidakseimbangan serantau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, pendekatan itu akan turut membolehkan NCER mencapai ekonomi bernilai RM300 bilion; purata pendapatan isi rumah mencapai RM10,508; 161,197 penciptaan pekerjaan terkumpul dan RM146.5 bilion pelaburan swasta menjelang 2025.

Di samping itu, ujarnya, pelaburan ke wilayah itu akan mewujudkan sejumlah 23,506 pekerjaan di NCER.

“Selari dengan konsep Keluarga Malaysia, lebih 65,000 peserta termasuk wanita, belia dan masyarakat Orang Asli telah menerima manfaat daripada pelbagai program modal insan berpaksikan rakyat dalam mengatasi cabaran pandemik.

“Program-program ini akan diteruskan sepanjang RMK-12, selaras dengan matlamat membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI