fbpx

Dua buah kereta musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua buah kereta yang diletakkan berhampiran dewan makan sebuah surau musnah terbakar, hari ini.

LIPIS – Dua buah kereta yang diletak bersebelahan sebuah dewan makan surau musnah dalam kebakaran di Jalan Haji Ismail Kampung Tanjong Lipis di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba Kuala Lipis, Haslizan Ramli berkata, bagaimanapun kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

“Bomba yang tiba di tempat kejadian pada pukul 3.53 petang mendapati api sedang marak yang mana dua buah kereta telah terbakar.

“Kebakaran dipercayai bermula daripada sebuah kereta yang diletakkan berhampiran dewan makan sebelum turut merebak ke dewan makan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi melibatkan lapan anggota dan sebuah jentera bomba manakala api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4.55 petang.

Beliau memberitahu, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI