fbpx

‘Bom jangka’ pandemik dikesan di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mamalia hidup, reptilia dan ikan yang dijual secara terbuka dilaporkan mempunyai hubung kait dengan permulaan tercetusnya wabak Covid-19 pada 2019. – Getty

BEIJING – Sekumpulan pakar menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan pandemik baharu akan berlaku susulan penemuan 18 virus berisiko tinggi di beberapa buah pasar basah di China, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan pada 12 November lepas,18 virus itu dilaporkan berbahaya kepada manusia dan haiwan.

Menurut kumpulan penyelidik berkenaan, perkara paling membimbangkan adalah  virus yang terdapat pada  musang. Ia merupakan medium  yang membawa koronavirus SARS daripada kelawar kepada manusia di China pada 2002.

Kini, pakar-pakar memberi amaran bahawa spesies hidupan liar yang dijual dan dimakan di pasar-pasar basah China adalah berisiko mencetuskan pandemik.

Meskipun pasukan penyelidik tidak menemui sebarang elemen menyerupai Sars-CoV-2 iaitu virus Covid-19, mereka mendapati bahawa varian yang dibawa oleh kelawar boleh menjangkiti haiwan lain seterusnya berisiko menjangkiti manusia dan mencetuskan  wabak berbahaya.

Menurut penulis bersama kajian itu, Profesor Edward Holmes, penyelidikan tersebut mengetengahkan bukti mengapa aktiviti jual beli haiwan hidup di pasar basah  boleh diibaratkan seperti ‘pandemik  yang bakal berlaku’.

“Kertas kajian ini menunjukkan pada kebiasaannya manusia menularkan virus pada haiwan. Perkara sebaliknya turut berlaku melibatkan  virus,” katanya.

Sebelum ini, sebuah pasar basah di Wuhan  di mana spesies mamalia , reptilia dan ikan hidup dijual secara terbuka dilaporkan mempunyai hubung kait dengan permulaan wabak koronavirus pada 2019.

Menurut seorang saintis  Britain, Dr. Eddie Holmes, pakar-pakar di China sebelum ini telah menyuarakan mengenai risiko virus yang didakwa akan dipindahkan daripada haiwan kepada manusia, lima tahun sebelum pandemik Covid-19 bermula. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI