fbpx

AS taja radar pertahanan di Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Labuan akan dipertingkat dengan rancangan penggantian radar pertahanan udara jarak jauh yang akan ditaja kerajaan Amerika Syarikat.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, tajaan itu adalah melalui program kerjasama strategik ‘Building Partner Capacity’.

“Selain penggantian radar berkenaan, di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), beberapa inisiatif lain sedang berjalan dan dirancang bagi menambah baik pangkalan tersebut.

“Ini termasuk peruntukan sebanyak RM63.3 juta bagi pembinaan 97 unit rumah keluarga Angkatan Tentera Malaysia yang akan bermula tahun hadapan, RM9 juta bagi pembaikan cerun yang sedang dalam proses lantikan kontraktor dan RM25 juta bagi kerja-kerja turap semula dispersal dan jalan rayap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mejawab soalan tambahan Datuk Rosman Isli (Labuan-Warisan) yang ingin tahu rancangan kerajaan bagi menambah baik Pangkalan Udara TUDM Labuan di Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI