fbpx

6,562 pasangan Islam bercerai di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nor sewaktu menjawab lisan pada Sidang DUN Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 6,562 pasangan Islam di Terengganu bercerai sejak tempoh 22 bulan lalu terutamanya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd. Nor Hamzah berkata, seramai 4,129 pasangan atau purata 11 kes sehari memilih untuk berpisah sepanjang tahun 2020.

Tambah beliau, setakat bulan Oktober lalu pula, sebanyak 2,433 kes atau lapan kes penceraian telah dilaporkan.

“Kuala Terengganu mencatatkan 1,243 kes penceraian pada tahun 2020 dan 680 kes pula pada tahun ini.

“Sebanyak 721 dan 430 kes dicatatkan masing-masing pada tahun lalu dan sehingga Oktober lalu di Kemaman,” katanya ketika menjawab soalan lisan Roslee Daud (BN – Bukit Besi) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Terengganu di sini hari ini.

Mohd. Nor (Pas-Bukit Payong) berkata, antara punca penceraian yang dilaporkan di Mahkamah Syariah ialah pengaruh media sosial, penyalahgunaan dadah, campur tangan keluarga dan bekas pasangan serta tidak adil dalam poligami.

Tambah beliau, faktor lain ialah kurang penghayatan agama Islam, kesempitan kewangan, cemburu dan keganasan rumah tangga. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI