fbpx

Wilayah Pelancongan Greater Ipoh dibangunkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nolee Ashilin menurunkan tandatangan semasa merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035 di Ipoh pagi tadi.

IPOH – Satu pelan tindakan dikaji bagi membangunkan Wilayah Pelancongan Greater Ipoh untuk memajukan industri pelancongan secara bersepadu melibatkan empat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) turut terlibat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Majlis Daerah Kampar dan Majlis Daerah Batu Gajah.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, ia melibatkan kajian strategi dan dasar-dasar semasa berkaitan pembangunan dan pengurusan pelancongan.

Menurut beliau, pelan tindakan ini membolehkan usaha mempromosikan industri pelancongan lebih berdaya saing dan berlandaskan prinsip-prinsip pembangunan mampan.

“Antara cadangan ialah memantapkan hub pelancongan hipster di Ipoh, hub pelancongan gaya hidup di Batu Gajah, pelancongan eko (Gopeng) dan revitalisasi Kuala Kangsar Bandar Diraja.

“Ipoh misalnya mempunyai banyak bangunan warisan bersejarah yang unik dan tiada di tempat lain, kedai-kedai lama dan lukisan mural yang menarik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035 di sini pagi tadi.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Plan Malaysia, Asni Mustafa dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

Dalam pada itu Rumaizi berkata, Rancangan Tempatan itu memberi ruang kepada orang ramai untuk mengemukakan cadangan mahupun bantahan bermula hari ini sehingga 13 Disember depan.

“Terdapat 107 projek cadangan atau langkah–langkah utama yang strategik dan kritikal, serta 254 program dan projek serta asas panduan berfokus kepada kawasan setempat,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI