fbpx

Lelaki maut ketika bermain badminton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melakukan pemeriksaan ke atas mangsa yang rebah dan tidak sedarkan diri Dewan Jerantut Badminton Centre di Jerantut semalam.

JERANTUT – Seorang lelaki tidak sempat menghabiskan perlawanan badminton yang disertainya apabila dia meninggal dunia ketika bermain badminton di Dewan Jerantut Badminton Centre dekat Jerantut Feri di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa Mohamad Fadzil Mokhtar, 34, mengadu sakit pada bahagian dada dan tidak sihat ketika sedang bermain badminton bagi perlawanan peringkat suku akhir satu kejohanan badminton di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Azman Mat Kamis berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 4 petang yang memaklumkan mengenai kejadian seorang lelaki meninggal dunia di Dewan Badminton Jerantut Centre di sini.

“Berdasarkan maklumat, mangsa tidak sempat menghabiskan perlawanan peringkat suku akhir dalam perlawanan badminton di dewan tersebut.

“Difahamkan mangsa mengadu sakit dada serta tidak sihat lalu duduk berehat di tepi gelanggang sebelum tiba-tiba rebah dan meninggal dunia,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Azman, mangsa dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat dan menjalani ujian saringan Covid-19.

Katanya, mangsa didapati negatif Covid-19 dan bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan serangan jantung.

“Pemeriksaan fizikal ke atas mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan khianat atau jenayah,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI