fbpx

Graduan TVET setanding pelajar aliran biasa – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan pelbagai aktiviti jerayawara, hebahan dan kempen di seluruh negara bagi mempromosikan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET).

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, tindakan itu diambil sejajar dengan perlaksanaan Tranformasi Pendidikan Vokasional (TPV) yang bermula sejak 2012.

Jelas beliau, TPV telah mengubah landskap TVET dalam menghasilkan graduan yang berkualiti serta mempunyai kebolehpasaran (marketability), kebolehkerjaan (workability) dan kebolehgajian (employability) yang tinggi untuk memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Menurut Mohamad Alamin, antara strategi yang telah dilaksanakan adalah mempromosi kejayaan lepasan TVET KPM dalam bidang pekerjaan atau yang telah menjadi usahawan berpendapatan tinggi melalui pelbagai platform media sosial dan media cetak.

“Selain itu, KPM turut menguar-uarkan laluan artikulasi pengajian murid lepasan diploma TVET KPM ke peringkat Sarjana Muda Teknologi yang dilaksanakan oleh Malaysian Technical University Network (MTUN).

“KPM juga menyediakan program pengajian yang menepati keperluan industri melalui pelaksanaan industry-led curriculum yang mana murid juga memperoleh pengalaman industri melalui pelaksanaan On-The -Job Training (OJT) dalam program perantisan dalam tempoh pengajian,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaaan Datuk Dr. Shahrudin Md. Salleh yang meminta KPM menyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi menangkis mentaliti kelas ketiga dalam kalangan masyarakat awam terhadap TVET.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI