fbpx

Lebai Loh dalang sindiket kahwin di Siam ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Mohd. Rahim (tengah) pada dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Balai Islam, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) menahan seorang lelaki yang dikenali sebagai Lebai Loh selepas didapati menjadi dalang kegiatan urusan perkahwinan pasangan tanpa tauliah di negara jiran.

Suspek yang juga merupakan bekas imam ditahan dalam serbuan yang dijalankan penguat kuasa Jaheaik di Kampung Chuchoh Puteri, Kuala Krai pada 28 Oktober lalu.

Pengarah Jaheaik, Datuk Che Mohd. Rahim Che Jusoh, siasatan mendapati, Lebai Loh itu dipercayai terlibat dalam sindiket yang menguruskan perkahwinan di Thailand.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan, suspek didapati tiada kelayakan sebagai wali hakim malah turut mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM3,000 berbanding bayaran sebenar iaitu RM125 mengikut undang-undang negara.

“Jaheaik turut merampas beberapa dokumen berkait dengan perkahwinan seperti borang dikeluarkan jabatan agama di Thailand.

“Sindiket yang didalangi Lebai Loh itu dipercayai sudah lama aktif. Suspek juga didapati sudah membawa ramai pasangan termasuk individu dari luar Kelantan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Balai Islam, Lundang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, tegas Che Mohd. Rahim, beliau mengingatkan kepada semua pasangan yang bernikah menggunakan khidmat Lebai Loh agar diminta berhubung dengan pihak Jaheaik.

Menurutnya, ia bertujuan untuk mengesahkan sama ada pernikahan mereka sah mengikut hukum syarak atau sebaliknya.

“Selain itu, kita juga mahu pasangan yang berkahwin termasuk yang berpoligami menggunakan khidmat lelaki itu sebelum 2005 agaru tampil untuk mendaftarkan semula perkahwinan menerusi Program Pemutihan Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara Tanpa Kebenaran Sah.

“Setakat ini, kita tidak mempunyai maklumat berkaitan bilangan sebenar pasangan bernikah di luar negara yang menggunakan khidmat sindiket tersebut,” katanya.

Tambah Che Mohd. Rahim, sebelum menahan Lebai Loh, Jaheaik telah menumpaskan sindiket nikah haram yang didalangi Imam Wahab di Rantau Panjang, Imam Che Mud di Machang dan Bekas Imam Muda di Ketereh. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI