fbpx

Rampas bahan pembuatan ketenteraan bernilai RM3.2juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL WAHABI (kanan) menunjukkan aloi Titanium Forgings yang dirampas ketika sidang akhbar di Wisma Kastam di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor hari ini.

KLANG – Cubaan membawa masuk aloi ‘Titanium Forgings’ bernilai RM3.2juta bagi pembuatan peralatan ketenteraan tanpa permit berjaya dipatahkan di hadapan sebuah gudang di Pelabuhan Barat, di sini, baru-baru ini.

Serbuan pukul 12 tengah hari pada 27 Oktober itu dilakukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu merampas kesemua aloi itu yang beratnya mencecah 25 tan metrik.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Abdul Wahabi Abdullah berkata, hasil pemeriksaan yang diikrarkan dalam Bill of Lading tidak memiliki permit daripada pihak berkuasa iaitu Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Katanya, Titanium Forgings disyaki boleh digunakan untuk pembuatan bahagian atau komponen bagi peralatan ketenteraan atau weapon of mass destruction (WMD).

Difahamkan ini termasuk bagi jet pejuang dan bom nuklear.

“Serbuan itu bersama agensi lain iaitu Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), AELB dan Sektretariat Perdagangan Strategik MITI itu merampas 25, 067 kilogram.

“Kita turut menahan ejen perkapalan selepas didapati gagal mengemukakan Borang Kastam 5 bagi tujuan ‘transshipment’ dari negara asal,” katanya pada sidang akhbar hari ini.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI