fbpx

Brazil sahkan tempat aksi di Qatar 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAQUETA (tengah) menjadi wira Brazil apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Colombia pagi semalam. – AFP

SAO PAULO – Juara lima kali, Brazil akhirnya menempah slot automatik ke kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar selepas merekodkan kemenangan 1-0 ke atas pasukan Colombia pada aksi kelayakan zon Amerika Selatan pagi semalam.

Sebagai rekod, skuad Selecao membuktikan mereka layak dilabel sebagai pasukan gergasi du­nia selepas mencatatkan 11 kemenangan dalam 12 aksi kelayakan dengan mengutip 33 mata ketika saingan masih berbaki enam perlawanan.

Pada aksi di Stadium Corinthians itu, skuad kendalian Tite tidak mempunyai masalah untuk mengutip tiga mata berharga hasil jaringan perancang tengah, Lucas Paqueta pada minit ke-72.

Mengulas mengenai jaringan yang dilakukan, Paqueta yang merupakan pemain kelab Ligue 1, Olympique Lyon mengakui bagaikan tidak percaya apabila menjadi wira untuk memastikan pasukan mengesahkan tiket ke Qatar nanti.

“Saya seperti mahu menangis kerana tidak percaya apabila berjaya menjaringkan gol dan lebih penting, ia adalah jaringan yang membawa Brazil ke pentas Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Perasaan yang ada pada saya ketika ini agak bercampur baur tetapi pujian juga wajar diberikan kepada barisan pemain lain.

“Jika ditanya mengenai impian saya, sudah tentulah mahu diserap­ dalam skuad utama yang akan bersaing di Piala Dunia nanti­ kerana itu adalah harapan buat semua pemain antara­bangsa Brazil.

“Apa yang pasti, saya tidak boleh terus mendabik dada dan perlu bekerja keras khususnya di peringkat kelab. Namun, fokus utama kini sudah pasti aksi kelayakan bertemu musuh tradisi, Argentina minggu depan,” kata pemain berusia 24 tahun itu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI