fbpx

PRN Melaka: TNB buat persiapan rapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melakukan persiapan rapi bagi memastikan bekalan elektrik dalam keadaan baik di pusat-pusat pengundian dan penjumlahan undi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Syarikat utiliti elektrik nasional itu turut memaklumkan, fokus persiapan TNB adalah untuk memastikan aspek teknikal, operasi bekalan elektrik sentiasa terjamin.

Ketua Operasi Bahagian Rangkaian Pembahagian TNB, Mohd. Yusof Ibrahim berkata, pihaknya memulakan persiapan sejak awal bulan lalu demi kelancaran bekalan sepanjang PRN Melaka.

“Seperti kebiasaan, kita memastikan gangguan yang minimum atau tidak berlaku sebarang gangguan sepanjang musim pilihan raya sehingga upacara angkat sumpah Ketua Menteri yang baharu.

“Persiapan TNB melibatkan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Melaka, Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklum balas mengenai perincian keperluan elektrik di pusat-pusat terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut beliau, pelbagai inisiatif lain turut dilaksanakan antaranya membuat penjadualan henti tugas terancang, pembaikan segera pemasangan kabel bawah tanah dan menaik taraf pencawang sedia ada kepada fasiliti yang dikawal secara automasi melalui sistem Kawalan Penyeliaan dan Pemerolehan Data Berkomputer (SCADA).

Selain itu, bilik gerakan negeri dan operasi juga diwujudkan serta warga kerja teknikal akan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia bagi memastikan kelancaran bekalan sepanjang PRN.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan semua parti politik agar tidak memasang bahan kempen di mana-mana premis dan pemasangan eletrik milik syarikat tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI