fbpx

Tip ceriakan anak-anak ketika balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEMINTA anak-anak membaca papan tanda dapat membangkitkan mood ceria, selain mengajar mereka mengenal huruf.

PERJALANAN jauh dengan menaiki kereta pasti membuatkan sesiapa sahaja akan berasa bosan lebih-lebih lagi kanak-kanak sehingga mereka tidak duduk diam, meragam, menangis dan sebagainya.

Ramai ibu bapa mengambil jalan pintas dengan memberikan gajet bagi mengalih perhatian anak-anak untuk melupakan kebosanan hingga mereka terbiasa serta ketagih dengan alat elektronik tersebut.

Kita semua tahu kesan buruk sekiranya anak-anak bermain dengan gajet dalam tempoh lama.
Lebih parah jika mereka ketagih sehingga sukar untuk dipisahkan yang mana memberi kesan kepada perkembangan minda serta pergaulan sosial.

Sehubungan itu, ibu bapa perlu kreatif untuk menjadikan perjalanan panjang menuju ke tempat percutian atau pulang ke kampung menyeronokkan dan bebas gajet.

Berikut Horizon memberikan beberapa tip menyeronokkan untuk dilakukan bersama anak-anak di dalam kereta bagi mengelak kebosanan ketika menempuh perjalanan jauh.

1. Menyanyi

Anak-anak sangat teruja apabila diajak menyanyi, terutamanya lagu kegemaran mereka yang mana alunan muzik ceria itu dapat membantu mengembalikan mood si kecil.

Jangan khuatir suara sumbang atau terlupa lirik.

Apa yang penting, semua orang seronok menyanyi bersama dan anda juga dapat mengurangkan rasa mengantuk ketika memandu.

Aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi kemesraan dan kasih sayang keluarga serta mencetuskan gelak ketawa.

MENYANYI dengan anak dapat menceriakan suasana dalam kenderaan.

2. Teka-teki, cari benda tersembunyi

Permainan teka-teki dan mencari benda tersembunyi juga aktiviti sangat menyeronokkan untuk dimainkan bersama anak-anak.’

Ia turut membantu perkembangan minda serta menambah pengetahuan.

Dek kerana leka mencari jawapan teka-teki dan benda tersembunyi, mereka tidak akan berasa bosan kerana mempunyai misi untuk diselesaikan.

Oleh itu, ia memberi ruang kepada ibu bapa untuk lebih fokus kepada pemanduan dan merancang perjalanan dengan lebih baik.

WUJUDKAN persekitaran gembira dalam kereta dengan mengajak anak-anak bermain permainan yang menyeronokkan.

3. Berbual

Perjalanan yang jauh memberi peluang kepada anda untuk berborak dengan anak-anak mengenai apa jua topik termasuklah perihal diri mereka memandangkan pada hari bekerja ibu bapa sibuk di pejabat.

Gunakan kesempatan itu untuk mendengar luahan hati anak-anak dan memberi pandangan serta nasihat kepada mereka.

Anda juga boleh mengajukan soalan-soalan yang membolehkan mereka berfikir secara kreatif dan kritis.

4. Baca papan tanda, plat kereta

Ibu bapa boleh menggunakan kaedah membaca papan tanda dan plat kereta untuk melatih anak-anak mengenal huruf serta nombor.

Pada masa sama, anda juga boleh melatih anak untuk membuat ejaan sama ada menerusi perkataan di papan tanda mahupun dengan memilih huruf-huruf tertentu.

Sebagai contoh, memilih huruf A untuk ayam dan meminta mereka mengejanya dengan betul.

PERJALANAN jauh dengan memandu kereta memberikan cabaran berbeza kepada mereka yang mempunyai anak kecil.

5. Permainan matematik

Selain mengeja, anda juga boleh melakukan permainan berunsurkan matematik seperti tambah, tolak dan bahagi bagi mengasah kemahiran mengira anak-anak.

Ajar anak-anak untuk mengira nombor dengan cepat dan gunakan objek-objek tertentu bagi memudahkan mereka membuat pengiraan dengan tepat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI