fbpx

e-Sport Arena pentas cungkil bakat, potensi ke tahap profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zamri (kanan) bersama Dr. Pekan memperkenalkan Piala yang menjadi rebutan pada kejohanan Varsity e-Sports Uni-League 2021.

BANGI – Kewujudan e-Sport Arena dalam kampus di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) di Setapak, Kuala Lumpur mampu dijadikan pentas mencungkil bakat dan melatih pelajar yang berpotensi sehingga mencapai tahap professional.

Presiden Majlis Sukan IPTS Malaysia (Masiswa), Prof Dr. Mohd. Zamri Yusoff berkata, kompleks berkenaan bakal digunakan sepenuhnya menjelang Januari 2022.

Menurutnya, dalam kontak pembangunan e-sport di IPTS, Masiswa sememangnya telah melakukan perancangan bagi memastikan bakat baharu yang akan membawa nama Malaysia mampu dilahirkan.

Katanya, TAR UC telah pun membina e-Sport Arena dalam kampusnya yang boleh memuatkan 42 unit (pax) dalam Gaming Zone, enam unit (pax) dalam Zon VIP dan satu unit (pax) untuk ‘broadcasting’.

“Tujuan utama pembinaan e-Sport Arena ini ialah sebagai pusat untuk mencungkil bakat dan melatih pelajar yang berpotensi sehingga mencapai tahap professional.

“E-sports Arena ini juga mampu mengendalikan pertandingan e-sports secara fizikal berskala besar,” katanya pada majlis Pelancaran Varsity e-Sports Uni-League 2021 di Uniten, Bangi hari ini.

Dr. Mohd. Zamri yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Peajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) berkata, kejohanan Varsiti Uni-League 2021 akan bermula 22 November hingga 12 Disember nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI