fbpx

Undang Luak Rembau selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin ketika hadir bagi menziarahi jenazah Muhamad di Surau Kediaman Rasmi, di Rembau, petang tadi. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Jenazah Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman, 83, yang meninggal dunia di kediaman rasminya di sini pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Mungkal Sepri, di sini, kira-kira pukul 7.20 malam.

Kenderaan membawa jenazah tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 6.15 petang selepas solat jenazah dipimpin oleh Mufti Negeri Sembilan, Prof. Madya Dr. Faudzinaim Badaruddin selepas solat asar.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir turut berkenan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di surau Kediaman Rasmi Undang Luak Rembau.

Selain itu, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, beberapa Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan.

Muhamad Sharip meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman rasminya, kira-kira pukul 9.02 pagi tadi.

Dalam pada itu, Aminuddin menyatakan kerajaan negeri menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Undang Luak Rembau yang telah 25 tahun berjasa kepada kesejahteraan rakyat di negeri ini terutamanya di Luak Rembau.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI