fbpx

59 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 59 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes kematian terkini sebanyak 29,486 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat 10 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sebanyak 5,961 kes,” demikian maklumat pada laman web tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian tersebut dilaporkan di Sarawak (12), Sabah (11), Perak (8), Kedah (5), Kelantan (4), Pulau Pinang (4), Terengganu (4), Selangor (3), Kuala Lumpur (3), Johor (2), Melaka (1), Negeri Sembilan (1) dan Pahang (1) serta tiada kematian di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Dalam pada itu, sebanyak 62,890 kes aktif melibatkan 48,730 kes dikuarantin di rumah, 7,999 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,617 kes di hospital, 264 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 280 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 6,243 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,597 kes), Kelantan (806 kes), Sabah (573 kes), Johor (485 kes), Sarawak (480 kes), Kedah (438 kes), Pahang (367 kes), Kuala Lumpur (323 kes), Pulau Pinang (318 kes), Terengganu (273 kes), Perak (200 kes) Negeri Sembilan (199 kes), Melaka (125 kes), Perlis (33 kes), Putrajaya (19 kes) dan Labuan (tujuh kes). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI