fbpx

4,932 permohonan baharu MyDaftar OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina Harun

PETALING JAYA – Sebanyak 4,932 permohonan baharu MyDaftar Orang Kelainan Upaya (OKU) telah diterima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak dilancarkan pada 27 Oktober lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, kesemua jumlah permohonan baharu itu telah menerima kad OKU digital masing-masing dan kementeriannya turut menyasarkan sekurang-kurangnya 2,000 OKU akan menerima kad yang sama bulan ini.

“Penunjuk prestasi utama (KPI) ini dirangka dengan strategi untuk memastikan kesaksamaan dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh golongan ini dalam masyarakat.

“Kementerian juga optimis pelaksanaan inisiatif MyDaftar OKU ini dapat dilaksanakan sebagai salah satu quick win yang berimpak tinggi dan akan menyumbang kepada peningkatan pendaftaran OKU di Malaysia,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Azizah Mohd. Dun (Beufort-PN) yang ingin tahu kelebihan inisiatif baharu MyDaftar OKU adakah inisiatif tersebut dapat menyumbang kepada peningkatan pendaftaran OKU. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI