fbpx

Selangor bangkit tumpaskan Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Perak FC, Jad Noureddine Ahmad (kiri) mengasak pemain Selangor Fc, Muhammad Aidil Azuan (kanan) dalam perlawanan TM Piala Malaysia 2021 antara Perak FC dengan Selangor Fc di Stadium Perak, Ipoh hari ini. FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Selangor FC bangkit pada babak kedua untuk menumpaskan Perak FC dalam perlawanan Piala Malaysia kumpulan B di Stadium Perak sebentar tadi .

Wan Zack Haikal muncul wira juara 33 Kali itu apabila menjaring gol kemenangan pelawat pada minit ke-84.

Sebelum itu, Sean Selvaraj menyamakan kedudukan buat Selangor pada minit ke-71.

Begitupun sehingga gol-gol itu tuan rumah berjaya mengimbangi permainan dengan aksi bertenaga dan tampak mampu mengutip mata pada perlawanan terakhirnya itu.

Royizzat Daud meletak tuan rumah di hadapan apabila menanduk masuk berikutan kesilapan benteng lawan pada minit ke-10.

Selangor yang bagaikan tersedar daripada lena menggandakan usaha tetapi mendapati benteng tuan rumah yang kental bertahan sukar ditembusi.

Usaha mereka akhirnya berjaya apabila Sean dan Wan Zack Haikal menewaskan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy untuk pelawat mengutip mata penuh dalam perlawanan terakhirnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI