fbpx

Gagal seludup 1.8 tan minyak masak ke negara jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KDPNHEP Kelantan dan PGA memeriksa minyak masak paket yang dirampas di dalam sebuah van dan kereta di Kampung Kubang Bembam, Pasir Mas semalam. - FOTO IHSAN KPDNHEP KELANTAN

PASIR MAS – Cubaan sindiket penyeludup membawa keluar 1.8 tan minyak masak paket secara haram ke negara jiran gagal apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menahan dua buah kenderaan di Kampung Kubang Bembam, di sini semalam.

Rampasan barangan kawalan itu dijalankan pada pukul 7 petang selepas KPDNHEP bersama Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) mengesan sebuah van dan kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, semasa serbuan dilakukan terhadap kedua-dua buah kenderaan itu, penyeludup barangan kawalan tersebut terus bertindak melarikan diri.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas van dan kereta itu telah membawa kepada penemuan minyak masak paket bersubsidi seberat 1.8 tan bernilai RM4,720.

“KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan individu atau peniaga yang menjalankan aktiviti penyeludupan minyak masak.

“Tindakan tegas akan diambil dengan denda yang tinggi seterusnya dituduh di mahkamah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI