fbpx

FamilyMart perkenal konsep Food Superstore

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lik Khai menunjukkan seleksi produk baharu yang ditawarkan di FamilyMart Food Superstore pada majlis pelancaran di Sri Petaling, Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Rangkaian kedai serbaneka FamilyMart memperkenalkan konsep kedai terbaharu, Food Superstore sempena ulang tahun ke-5 yang menyediakan ruang lebih selesa buat pe­langgan serta lebih 100 produk rangkaian baharu makanan.

Antara seleksi baharu yang ditawarkan adalah hidangan sampingan sedia dimakan, makanan sejuk beku, pencuci mulut dan makanan panas seperti Corn Sausage, Fried Pan, Croissant Sandwich dan Ramen.

Kini dua cawangan FamilyMart Food Superstore dibuka di Sri Petaling dan Bandar Pu­teri Puchong serta 20 lagi kedai berkonsepkan sama bakal dibuka menjelang hujung tahun ini.

Pengarah Eksekutif QL Resources Bhd. selaku operator FamilyMart di negara ini, Chia Lik Khai berkata, pihaknya bakal membuka fasiliti pengeluaran produk makanan baharu bagi menampung pertambahan cawangan FamilyMart di Malaysia yang kini berjumlah lebih 250 buah.

Jelasnya, fasiliti yang terletak berhampiran kilang pengeluaran makanannya sedia ada di Shah Alam itu dijangka memulakan operasi pada suku tahun pertama 2022.

Kilang tersebut bernilai RM100 juta.

“Pembukaan fasiliti baharu ini bakal menambah kapasiti pengeluaran kami untuk menyokong pertambahan cawangan FamilyMart kepada 500 buah di Semenanjung.

“Setiap tahun, kami membuka sekitar 80 cawangan baharu, namun perkembangan FamilyMart sedikit perlahan baru-baru ini disebabkan kekangan pandemik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas maj­lis pelancaran FamilyMart Food Superstore Sri Petaling semalam.

Menurut Lik Khai, sewaktu bermula pada November 2016, pihaknya menyasarkan untuk mengoperasikan 1,000 cawangan FamilyMart dalam tempoh 10 tahun, iaitu pada 2026.

“Kami masih memegang aspirasi sama, namun sasaran ini mungkin akan dicapai sedikit lewat,” katanya.

Beliau menambah, pembukaan setiap cawangan FamilyMart bakal mewujudkan antara lapan dan 10 peluang pekerjaan baharu buat komuniti setempat.

Selain itu, mengenai peluasan cawangan ke Sabah dan Sarawak, Lik Khai menjelaskan ia masih tiada dalam perancangan buat masa ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI