fbpx

Ciri pengesacan pantas jadi tarikan produk baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANTI ini didatangkan dengan fungsi pengalaman merakam gambar dan video menakjubkan.

HONOR bukanlah satu jenama asing dalam menghasilkan peranti pintar.

Malah syarikat itu telah mempertaruhkan peranti-peranti pintar yang dilengkapi dengan spesifikasi terkini di pasaran.

Telefon pintar Honor 50 antara peranti yang dibawa masuk ke negara ini oleh syarikat berkenaan.
Menariknya, ia kembali menyokong Google Mobile Services (GMS) seperti mana yang ada pada telefon pintar lain.

Selain itu, Honor 50 ini juga merupakan telefon pintar terbaik untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti vlogging.

Peranti ini membawakan pengalaman merakam vlog pada satu tahap baharu apabila dilengkapi dengan kamera depan 32MP, menjadikan video dan swafoto yang diambil menjadi sempurna.

Selain itu, bagi kamera utama di bahagian belakang pula, ia tampil dengan kamera 108MP pada bahagian bulatan atas.

Bagi bulatan bawah pula, terdapat tiga kamera lain iaitu 8MP untuk ultra lebar dan 2MP untuk makro dan bokeh.

Telefon pintar ini turut didatangkan dengan enam mod rakaman multi-video yang menghasilkan
pengalaman merakam daripada pelbagai sudut dan perspektif pada peringkat tertinggi.

Kini, pencipta kandungan boleh membuat video profesional dengan kualiti audio tinggi dan ia memberikan pengalaman yang mudah dan menyeluruh.

Dalam pada itu, peranti ini dilengkapi dengan cip Qualcomm Snapdragon TM 778G 5G yang dapat meningkatkan lagi prestasi CPU dan GPU kepada 45 peratus dan kuasa pemprosesan AI kepada 123 peratus berbanding generasi sebelumnya.

Peranti ini hadir dengan paparan OLED melengkung 6.57 inci dengan HD+ penuh serta resolusi 2340×1080.

Ketahanan bateri untuk peranti ini juga cukup memuaskan.

Dengan kapasiti bateri 4,300mAh, Honor 50 memiliki bateri tahan lama dan disertakan dengan pengecasan pantas 66W Honor Wires.

Ia membolehkan pengecasan sebanyak 50 hingga 70 peratus dilakukan dalam masa 20 minit sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI