fbpx

Adibah Noor, ‘Senario’, Aliff Aziz antara peserta GV8

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
13 peserta yang bakal menghangatkan GV8 bermula 21 November ini.

PETALING JAYA – Program realiti nombor satu tanah air, Gegar Vaganza (GV) kembali dengan musim kelapan apabila menyaksikan 13 orang penyanyi hebat bakal berentap bagi merebut gelaran juara.

13 penyanyi yang bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan.

Enam bintang solo lelaki yang memberi saingan kali ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura).

Sementara itu, senarai penyanyi solo wanita yang turut menyahut cabaran musim ini ialah Adibah Noor, Ani Mayuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia).

Musim ini turut menyaksikan penyertaan daripada anggota kumpulan lawak, Senario iaitu Saiful Apek dan Yassin. Turut memberi saingan kumpulan Nico sekali gus melengkap 13 penyertaan musim kali ini secara keseluruhan.

GV8 masih mengekalkan formal asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem per markah am 100 peratus barisan juri profesional.

Barisan juri tetap terdiri daripada maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.

Edisi kali ini akan dikendalikan pengacara musim terdahulu iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Konsert mingguan GV8 akan mula bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 21 November 2021 dan dipancarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria.

Juara GV8 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN