fbpx

Susuk ‘hantu’ dalam gambar pendakian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna Reddit melihat susuk didakwa hantu pada latar belakang sekeping gambar. – Reddit/SlicedUpBeef

ONTARIO – Pengguna-pengguna­ laman sosial Reddit terkejut selepas mengesan kehadiran lembaga didakwa hantu­ pada latar belakang sebuah gambar pendakian, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Apabila pengguna laman Reddit yang menggunakan nama samaran SliceUpBeef memuat naik gambar pendakian di Puncak Dundas, Ontario, Kanada, dia terkejut melihat susuk lembaga itu pada latar belakang foto tersebut. Gambar itu memaparkan rakan kepada sepupunya.

‘’Jauh di pinggir denai, di kawasan cerun yang terlalu curam untuk berdiri, terlihat seorang wanita kurus berdiri tegak tanpa wajahnya kelihatan,’’ tulis lelaki yang merupakan rakan sepupu SliceUpBeef di ruangan komen.

“Saya tahu anda mungkin berfikir bahawa lembaga itu mungkin pendaki yang berani tetapi percayalah, tebing itu tidak boleh dilalui sama sekali,’’ katanya.

Pengguna-pengguna lain mendakwa bahawa pihak berkuasa turut melaporkan mengenai peningkatan kes kehilangan pendaki di puncak tersebut dan kebanyakan mereka tidak pernah ditemui, demikian menurut laporan laman berita news.com.au.

Disebabkan foto tersebut menggemparkan netizen, Slice­UpBeef kembali ke lokasi kejadian untuk melihat sama ada dia boleh menemui dan me­rakam gambar hantu itu ­semula, namun gagal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI