fbpx

Bayi diserah kepada tentera AS hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bayi diserahkan kepada anggota tentera AS ketika penduduk Afghanistan cuba melarikan diri dari negara itu, 20 Ogos lepas. – AFP

WASHINGTON – Seorang bayi lelaki yang diserahkan kepada tentera Amerika Syarikat (AS) ketika penduduk Afghanistan bergegas meninggalkan negara itu pada Ogos lalu dilaporkan te­lah hilang, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Bayi tersebut diserahkan kepada tentera yang berkawal di pagar lapangan terbang di Kabul ketika bandar itu berada dalam keadaan huru-hara.

Kerajaan AS mengakui sedang cuba menyelesaikan kes kehila­ngan bayi bernama Sohail Ahmadi itu dengan Jabatan Negara.

Ia juga sedang berusaha untuk meneroka setiap jalan bagi mengesan bayi berkenaan.

Bapa Sohail, Mirza Ali Ahmadi yang merupakan bekas pengawal kedutaan AS dan isterinya, Suraya serta empat anak pasangan itu memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul sejurus selepas menyerahkan bayi tersebut, namun gagal menemuinya.

Pada mulanya, Mirza dimaklumkan bahawa kanak-kanak itu mungkin berada di bahagian berasingan lapangan terbang tersebut atau mungkin telah dipindahkan secara berasingan ke Qatar.

Imej kanak-kanak yang dise­rahkan kepada tentera AS melalui pagar lapangan terbang Kabul beredar di media sosial sebelum ini ketika hari-hari terakhir penuh dramatik yang menandakan penamatan perang 20 tahun AS di Afghanistan.

Bayi-bayi lain bagaimanapun dilaporkan telah dikembalikan kepada ibu bapa mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI