fbpx

Tak sihat, Lee Kyu-han tarik diri daripada dua buah drama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE KYU-HAN

GARA-GARA mengalami masalah kesihatan, pelakon Lee Kyu-han terpaksa mengundur diri daripada dua buah projek drama.

Menerusi temu bual bersama Edaily, aktor itu mendedahkan keputusan tersebut diambil kerana masalah kesihatan, bukannya disebabkan insiden lain.

“Saya mengalami masalah kesihatan. Simptom yang dialami sekarang semakin teruk. Jadi saya ambil keputusan undur diri,” jelasnya.

Wakil kepada pelakon itu juga mengakui bahawa Kyu-han mula berdepan dengan masalah kesihatan sejak April lalu dan keadaan tersebut menyukarkan dia bekerja.

Terdahulu, portal OSEN melaporkan bahawa pelakon itu menarik diri daripada projek drama Again My Life terbitan SBS dan Green Mothers Club (JTBC).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI