fbpx

Jom XCESS bantu PKS bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh Omar (dua dari kanan) menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Syahin Syazwan Trading, usahawan muda di Johor Bharu yang telah menerima bantuan pembiayaan SME Bank.

PETALING JAYA – Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Wilayah Selatan diberi peluang mendapatkan pelbagai kemudahan pembiayaan dan program pembangunan usahawan yang disediakan oleh SME Bank pada Program Jom XCESS di Johor Bahru semalam.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, sektor PKS mendapat peruntukan yang besar iaitu RM40 bilion di dalam Bajet 2022.

“Langkah proaktif SME Bank untuk turun padang ke seluruh negara, khususnya di Wilayah Selatan menyokong aspirasi Semarak Niaga Keluarga Malaysia serta membuka lebih banyak peluang baharu kepada usahawan PKS untuk mengukuhkan kembali perniagaan yang sedang diusahakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sempena perasmian Program Jom XCESS Wilayah Selatan oleh Noh semalam, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan SME Bank, Mohammad Hardee Ibrahim.

Menurut Mohammad Hardee, setakat bulan September, tahun ini Pusat Wilayah Selatan SME Bank telah meluluskan pembiayaan yang bernilai RM255.3 juta kepada lebih 115 orang pelanggan.

“Pencapaian ini telah melebihi sasaran kelulusan untuk 2021 iaitu sebanyak RM200 juta,” katanya.

Program Jom XCESS SME Bank seterusnya akan diadakan di Melaka dan Pulau Langkawi. Jadual penuh boleh didapati di laman Facebook rasmi SME Bank. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI