fbpx

Lima beranak nyaris maut kenderaan terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa daripada sebuah kereta Perodua Alza yang terbabas dan terbalik di Kilometer 18 Jalan Lipis-Benta berdekatan stesen Jabatan Pengangkutan Jalan di Lipis, Pahang pada awal pagi hari ini.

LIPIS – Lima beranak nyaris maut selepas sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 18 Jalan Lipis-Benta di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 4.08 pagi itu berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas pulang ke kampung mereka di Kelantan.

“Setiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa yang berumur 30 tahun dalam keadaan hujan dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan.

“Bagaimanapun, kesemua lima mangsa terselamat dan hanya pemandu kenderaan cedera ringan akibat tersepit dan dikejarkan ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI