fbpx

Polis gempur sarang dadah, 45 individu diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas dadah jenis heroin, syabu dan pil yaba dalam OP Jihad Dadah malam tadi.

PETALING JAYA – Seramai 45 individu termasuk dua wanita diberkas selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar kawasan Lembah Subang di sini malam tadi.

Operasi kira-kira pukul 11 malam itu dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua tangkapan berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun.

“Menerusi Op Jihad Dadah terbabit, polis telah menahan 43 lelaki dan dua wanita warga tempatan selain merampas pelbagai jenis dadah seperti heroin seberat 1.70 gram (g), syabu (1.20g) dan pil yaba (2.75g).

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fakhrudin turut memberitahu, seramai 22 individu yang ditahan berusia antara 20 hingga 50 tahun telah diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut.

“Kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 kerana ujian saringan air kencing adalah positif dadah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah yang berlaku di daerah ini diminta tampil memberi kerjasama kepada pihak polis.” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI