fbpx

Haily bakal bangunkan projek kediaman bernilai RM27.21 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Haily Group Berhad (Haily) melalui anak syarikat milik penuhnya, Haily Construction Sdn. Bhd. telah menerima surat setuju terima (LA) daripada  Gunung Impian Development Sdn. Bhd. (Gunung Impian)  untuk membangunkan projek rumah teres di Tebrau, Johor bernilai RM27.21 juta.

Pengarah Eksekutif Kumpuan Haily, See Tin Hai,  LA bagi projek yang siap sepenuhnya menjelang awal Disember 2022 itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Kumpulan sepanjang tempoh projek tersebut.

Menurutnya, projek berkenaan melibatkan pembinaan 176 unit rumah teres satu tingkat dan satu unit pusat tunggal sub stesen Tenaga Nasional Berhad.

“Rekod Kumpulan dalam mendapatkan kontrak baharu memberi petanda yang baik untuk prospek pada masa depan.

“Kami akan terus menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan mengikut jadual yang ditetapkan dan dalam masa yang sama memberi pulangan yang baik kepada pemegang taruh,” katanya dalam kenyataan.

Haily pada pertengahan bulan September dan Oktober lalu, telah berjaya mendapatkan projek pembangunan kediaman Gunung Impian dan Meridin East Sdn. Bhd. masing-masing bernilai RM24 juta RM24.5 million.

Selain itu, Haily turut memiliki 20 projek yang sedang dalam pembinaan dan dua projek berkaitan pembinaan serta kejuruteraan awam yang berkaitan dengan projek pembinaan.

Nilai kontrak projek tersebut adalah kira-kira RM504.95 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI