fbpx

Dana besar buat Conte

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan pihak pengurus Spurs mengenai jawatan pengurus di kelab berkenaan. – AFP

LONDON – Tottenham Hotspur dilaporkan sedia memberikan Antonio Conte sebanyak £150 juta (RM849.33 juta) sekiranya beliau bersetuju untuk mengemudi pasukan itu.

Kelmarin, Spurs mengesahkan bahawa mereka memecat pengurus semasa, Nuno Espirito Santo ekoran prestasi kurang memuaskan selain beliau turut dikatakan mempunyai hubungan yang tidak harmoni dengan beberapa pemain pasukan itu.

Conte kini berada dalam proses rundingan bersama pihak pengurusan Spurs dan dijangka bakal menandatangani kontrak dalam tempoh terdekat.

Laporan menyebut bahawa beliau ditawarkan kontrak selama 18 bulan dengan nilai £15 juta (RM84.93 juta).

Bekas pengurus Chelsea itu sebelum ini menolak tawaran daripada Spurs pada musim panas lalu apabila mendakwa kelab itu tidak mempunyai cita-cita besar untuk memburu gelaran.

Bagaimanapun, Pengerusi Spurs, Daniel Levy yang menerima sokongan kewangan daripada bilionair, Joe Lewis kali ini sedia untuk memberikan tawaran le­bih lumayan yang menyaksikan Conte bakal menerima gaji mingguan sebanyak £290,000 (RM1.64 juta).

Levy kini berada dalam kea­da­an terdesak apabila keputusannya membawa Nuno yang dianggap sebagai pengurus ‘murah’ akhirnya memakan diri dan mereka terpaksa membayar pampasan pemecatan sebanyak £5 juta (RM28.31 juta) kepada bekas pengurus Wolverhampton Wanderers itu.

Dalam pada itu, sokongan kewangan yang bakal diberikan kepada Conte menyaksikan Spurs sedia untuk mendapatkan beberapa pemain baharu untuk memperkuatkan pasukan pada dua jendela perpindahan tahun depan.

Spurs dilaporkan akan cuba mendapatkan penyerang Fiorentina, Dusan Vlahovic selain Conte juga akan berperanan untuk mempengaruhi dua bekas pemainnya di Inter, Stefen de Vrij dan Marcelo Brozovic untuk bersamanya di London. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI