fbpx

Tiga maut, kemalangan dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Hentian R&R Titiwangsa di Gerik hari ini.-IHSAN JBPM

GERIK – Tiga maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa di sini sebentar tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 3.49 petang.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian mendapati kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu Perodua Axia dan Perodua Myvi.

KANAK-KANAK lelaki yang terselamat dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Gerik-Jeli berhampirant R&R Titiwangsa di Gerik hari ini.-IHSAN JBPM

“Terdapat lima mangsa terlibat di mana pemandu dan penumpang Perodua Myvi berusia 29 dan 24 tahun maut bersama seorang wanita dalam Perodua Axia.

“Dua lagi mangsa yang menaiki Perodua Axia iaitu wanita berusia lingkungan 30 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia setahun cedera,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI