fbpx

Pelan Tindakan Industri Pelancongan Kesihatan 2021-2025 dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin menyampaikan ucapan secara maya bagi melancarkan Pelan Tindakan Industri Pelancongan Kesihatan 2021-2025 hari ini.

PUTRAJAYA – Pelan Tindakan Industri Pelancongan Kesihatan 2021- 2025 yang dilancarkan hari ini membantu menyediakan Malaysia ke arah hab pelancongan kesihatan terbaik dunia menjelang 2025.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pelan tindakan itu juga menyediakan panduan jelas kepada rantaian nilai dan industri penjagaan kesihatan negara.

Beliau berkata, pelan tindakan itu merangkumi lima pendekatan berbeza dan berpaksikan kepada tiga tonggak strategik iaitu ekosistem perjalanan penjagaan kesihatan, jenama penjagaan kesihatan Malaysia dan pasaran.

“Menerusi pelan tindakan ini, kerajaan akan berkongsi pengalaman baharu dengan pelancong kesihatan menerusi pendekatan bersepadu dan kolaborasi pendigitalan khususnya bagi Hab Kardiologi dan Kesuburan serta Pusat Kecemerlangan Rawatan Kanser.

“Sejak 10 tahun lalu, industri pelancongan kesihatan negara meraih pelbagai pengiktirafan di rantau ini, malah sejak Julai tahun lalu, negara membuktikan keupayaan dalam jaminan penjagaan kesihatan bagi membolehkan pembukaan semula sempadan yang selamat dan terkawal,” katanya ketika berucap melancarkan pelan tindakan itu secara maya hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI