fbpx

Kampung Laut berpotensi terima pengiktirafan UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (tengah) bersama Mustapa (kiri) dan Ahmad melihat serunding yang dihasilkan di Laman Warisan Serunding Kampung Laut, Tumpat hari ini.

TUMPAT – Laman Warisan Kampung Laut dan Masjid Kampung Laut di sini berpotensi untuk diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, beliau melihat Masjid Kampung Laut berusia lebih 300 ratus tahun dan menjadi tarikan pelancong itu mampu dijadikan Tapak Warisan Kebangsaan manakala Laman Warisan sebagai Objek Warisan.

Menurutnya, sehubungan dengan itu, kerajaan menyokong penuh perancangan pencalonan kedua-dua lokasi berkenaan untuk mendapat pengiktirafan daripada UNESCO.

“Potensi kedua-dua lokasi itu amat besar untuk mendapat pengiktirafan tersebut kerana ia memenuhi kriteria pencalonan iaitu lokasi tradisi budaya yang unik dan contoh seni bina luar biasa.

“Kelantan kaya dengan budaya dan warisan yang unik. Jadi, ia perlu dipelihara dan diketengahkan ke persada antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Laman Warisan Serunding Kampung Laut daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Kampung Laut di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzrawi Che Mat.

Laman Warisan Serunding Kampung Laut merupakan Pakej 1 Projek Pembangunan Semula Kampung Laut sebagai Kampung Pelancongan Warisan.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, Masjid Kampung Laut yang sebelum ini berada Nilam Puri, Kota Bharu dipindahkan semula ke tempat asalnya di sini pada tahun lalu akan diberi keutamaan sebagai eleman produk pelancongan untuk mempromosikan negara selaras dengan Dasar Kebudayaan Negara 2021 yang dilancarkan pada 26 Oktober lalu.

Tambahnya, selain itu, Laman Laman Warisan Serunding Kampung Laut menyediakan ruang niaga untuk sembilan usahawan anak tempatan kampung tersebut yang menjual makanan istimewa tempatan seperti serunding, dodol dan kuih gelembung buaya.

“Kawasan ini akan siap sepenuhnya pada tahun depan dan ia akan menjadi sebuah pusat pelancongan warisan ikonik dan destinasi yang mesti dilawati di Kelantan,” katanya.- K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI