fbpx

IKMa bimbing modal insan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESERTA program di bawah Program MTCP anjuran IKMa yang diadakan secara maya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Institut Koperasi Malaysia (IKMa) berkongsi kepakaran dalam pembangunan modal insan di peringkat antarabangsa menerusi penganjuran program Certificate In Co-operative Community Development Through Microfinance dan Co-operative In Management and Governance secara serentak dalam talian pada 4 hingga 8 Oktober lalu.

Penganjuran sesi di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) itu adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan ke arah mempromosikan kerjasama teknikal, pengukuhan kerjasama serantau dan memupuk semangat kolektif dalam kalangan negara membangun.

IKMa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, pihaknya dilantik oleh Kementerian Luar Negeri (KLN) bagi menjalankan program berkenaan, yang dihadiri 35 peserta mewakili 11 negara iaitu Ghana, Kenya, Mauritius, Kiribati, Namibia, Samoa, Costa Rica, Turkmenistan, Maldives, Laos dan Indonesia.

Jelasnya, taklimat disampaikan oleh pakar-pakar yang terlibat secara langsung dalam gerakan koperasi di Malaysia termasuk dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia, IKMa dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad menjadi asas utama bagi mewujudkan sinergi idea dalam kalangan peserta.

“Bagi program Certificate In Co-operative Community Development Through Microfinance, antara yang dikongsi bersama peserta adalah pengalaman menguruskan operasi di lapangan seperti di tapak pasar malam oleh Koperasi PERSALAM Manjung Berhad.

“Turut diketengahkan ialah penglibatan Amanah Ikhtiar Malaysia dalam menguruskan mekanisma mikro kredit dalam kalangan anggota dan melahirkan usahawan daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

“Peserta berpeluang mendalami proses kutipan mikro kredit yang diuruskan oleh kedua-dua organisasi, seterusnya memberikan mereka input untuk membangunkan polisi, amalan terbaik dan piawaian yang dapat meningkatkan taraf gerakan koperasi di negara masing- masing.

“Wakil Koperasi Pembangunan Daerah Petaling Berhad (KPDPB), Ar Rahnu X-Change, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional turut sama menjayakan program ini dalam memberi perkongsian tentang sistem perniagaan pajak gadai Islam dan sistem mikro kredit berlandaskan syariah,” katanya.

SEBAHAGIAN daripada komitmen kerajaan ke arah mempromosikan kerjasama teknikal, pengukuhan kerjasama serantau dan memupuk semangat kolektif serta sifat berdikari dalam kalangan rakyat negara membangun. – GAMBAR HIASAN

Perasmian dan ucapan aluan program berkenaan disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Lembaga Pengarah IKMa, Datuk Mohammad Radhi Abdul Razak dan Farah Fazarina Mohamad selaku wakil KLN.

Menurut IKMa, program Co-operative In Management and Governance pula mengetengahkan pakar daripada KPDPB, Universiti Malaysia Kelantan, Koperasi Alam Hijau Berhad dan Koperasi Pembangunan Mukim Batu Puteh Kinabatangan Berhad. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI