fbpx

Kerajaan Selangor sasar 100 tapak jualan SAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham (dua dari kanan) ketika mengadakan lawatan ke gerai-gerai SAM, dekat sini hari ini. /FOTO SUBKHI SUDARJI

SEPANG – Kerajaan negeri Selangor menyasarkan kewujudan 100 tapak jualan Selangor Agro Market (SAM) bagi memberi manfaat kepada penduduk setempat mendapatkan barangan asas segar dan meningkatkan pendapatan usahawan setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pertanian & Perladangan dan Industri Asas Tani, Izham Hashim berkata, sehingga kini sebanyak 31 tapak jualan SAM telah diwujudkan.

Katanya, kewujudan SAM sangat penting bagi mengisi diantara keperluan kedai-kedai biasa dengan pasar tani untuk memberi manfaat kepada pembeli dan juga usahawan.

“Sebenarnya kita semua sedia maklum pelaksanaan SAM terhenti sebelum ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Untuk tahun ini sahaja sebelum pelaksanaan PKP kita telah berjaya mewujudkan 31 SAM diseluruh Selangor dengan nilai jualan 350,000 membabitkan 465 usahawan,” katanya pada majlis Program SAM di Taman Tasik Cyberjaya, dekat sini hari ini.

Turut hadir Yang diPertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Abd Hamid Hussain dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor, Aiada Abdul Rashid.

Justeru, Izham berkata, bagi tahun depan, mereka menyasarkan 100 kewujudan SAM ini atau lebih dari jumlah berkenaan berdasarkan pencapaian daripada tahun-tahun sebelum pelaksanaan PKP.

Katanya, kewujudan tapak SAM ini bergantung kepada maklum balas jabatan mahupun agensi dan wakil rakyat kawasan terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI