fbpx

Bajet 2022: Syarat kelayakan kebajikan dinaikkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan mengumumkan syarat Kelayakan Kebajikan terkini dinaikkan kepada RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Dewan Rakyat berkata, kerajaan juga memperuntukkan RM25 juta Kepada Yayasan Keluarga Malaysia bagi usaha melindungi kebajikan dan pendidikan anak-anak.

“Sebanyak RM32.4 billion turut diperuntukkan untuk Kementerian Kesihatan (KKM), pertuntukan yang kedua terbesar selepas sektor pendidikan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Dalam pada itu, kerajaan juga bersetuju untuk menambah RM4 billion khusus untuk meneruskan usaha menangani Covid-19 dan meningkatkan kapasiti kesihatan awam.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI