fbpx

Bajet 2022: RM50 juta bagi program gaya hidup aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta bagi melaksanakan program seperti pembudayaan gaya hidup aktif, Fit Forever dan Penganjuran Hari
Sukan Negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, program-program itu dilaksanakan bagi memastikan rakyat kembali aktif selaras pemulihan pasca Covid-19.

“E-Sukan kini sudah menjadi fenomena baharu dalam kalangan anak muda dan dilihat mempunyai prospek terbaik pembangunan sukan negara.

“Bagi merancakkan pertumbuhan e-Sukan, RM20 juta disediakan bagi pembangunan e-Sukan kebangsaan termasuk RM5 juta untuk mewujudkann Pusat Kecemerlangan Sukan Dron,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebentar tadi. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI