fbpx

KKM keluarkan saman kepada Barisan Nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompaun dikeluarkan KKM. Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun di bawah Akta 342 kepada Barisan Nasional malam ini kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi penganjuran majlis sosial.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu hantaran di Twitter rasminya tadi.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar memaparkan Barisan Nasional melaksanakan pelancaran jentera bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pelancaran jentera itu turut disiarkan secara langsung di platform media sosial BN Comms dan Umno Online.

Tangkap layar majlis sosial diadakan BN yang dilihat gagal mematuhi SOP

Baru-baru ini, KKM menguatkuasakan larangan tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk pelancaran jentera bermula 24 Oktober sehingga 27 November depan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, KKM ingin memaklumkan, berdasarkan pemantauan situasi Covid-19 dalam negara didapati antara penyumbang kepada peningkatan kes dan kluster di Malaysia adalah berkait dengan aktiviti perhimpunan atau majlis sosial yang tidak mematuhi SOP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI