fbpx

KFC perkenal menu unik Burger P. Ramlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – KFC menawarkan kelainan dalam menu terbaharunya dengan melancarkan Burger P. Ramlee secara eksklusif bagi memberi penghormatan khas buat lagenda negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Menurut kenyataan, menu baharu ini menyuntik pelbagai rasa aromatik daripada ­bahan-bahan unik masakan nasi kandar untuk dihasilkan dalam Zinger Hot & Spicy.

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, Burger P. Ramlee dilengkapi dengan Kuah Kari Kandar KFC yang diperbuat daripada herba dan rempah-ratus tempatan seperti kunyit, serai, jintan putih, dan daun kari yang melimpahi filet Zinger segar dan rangup.

Hidangan tersebut disempurnakan dengan sayuran ­berempah dan mayonis, lalu diapit dengan ban bijan bakar.

“P. Ramlee merupakan se­niman agung yang telah me­ninggalkan legasi dalam budaya Malaysia yang masih re­levan dan diminati semua.

“Menu inovatif terbaharu kami, Burger P. Ramlee merupakan satu menu gabungan memikat KFC Zinger dengan makanan kegemaran P. Ramlee, Nasi Kandar.

“Ia bertujuan untuk me­raikan legasi Allahyarham dan satu penghormatan khas buat kami kepadanya,” kata May Ling dalam kenyataan.

Beliau menerangkan, Burger P. Ramlee akan dilancarkan hari ini di seluruh restoran KFC di Semenanjung Malaysia dan boleh didapati melalui pelbagai pilihan iaitu ala carte, kombo, set Lagenda­ dan juga kombo Ikon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI