fbpx

Wanita Orang Asli lesap RM1,000 angkara hadiah tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang wanita Orang Asli berusia 39 tahun dari Temerloh mengalami kerugian RM1,000 selepas ditipu rakan lelaki yang baru sebulan dikenalinya di laman Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah berkenalan dengan lelaki berkenaan di Facebook pada 22 September lalu.

“Pada 24 Oktober lalu, suspek memberitahu mahu memberikan hadiah beg tangan dan baju dari Indonesia kepada mangsa namun meminta mangsa membayar wang proses penghantaran hadiah terbabit.

“Keesokannya mangsa menerima mesej di aplikasi WhatsApp yang memperkenalkan diri sebagai pekerja penghantaran barang dan meminta mangsa membuat pembayaran berjumlah RM1,000 ke dalam akaun yang diberikan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, selepas membuat pembayaran melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM), mangsa sekali lagi diminta membuat pembayaran dengan alasan sama.

Ujarnya, mangsa yang tidak pernah berjumpa dengan lelaki berkenaan sebaliknya hanya berhubung melalui WhatsApp mula berasa curiga dan membuat laporan polis kerana mengesyaki dia ditipu. -K! ONLINE

POPULAR