fbpx

Ulang tahun ke-50, Vida hanya mahu kasih sayang Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vida menyambut ulang tahun ke-50 bersama anak-anaknya Ahad lalu.

PETALING JAYA – Baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-50 kelmarin, tiada apa yang dimahukan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida selain kasih sayang Allah SWT.

Menerusi siaran langsung dalam Instagram, Vida memberitahu dia tidak mahu sebarang hadiah mahal sempena hari ulang tahunnya dan cukuplah hanya doa ikhlas daripada orang ramai.

“Saya tak perlu hadiah semua, saya dah ada belaka, Alhamdullilah. Saya hanya perlukan doa ramai, saya perlukan kasih sayang Allah.

“Nak barang kemas, ada dah. Barang kemas bukan setakat pakai, dah ada kedai. Nak beg tangan, dah penuh rumah.

“Nak kereta, kereta dah ada. Nak rumah, ada dah dalam 20 buah rumah saya. Itu riaklah pulak tu,” katanya.

Pada hantaran sama, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman turut berkongsikan tip dan amalan yang sering dilakukannya setiap kali menjelang ulang tahun kelahirannya setiap tahun.

“Pada hari lahir saya ni, biasanya saya akan membaca surah al-Fatihah untuk diri sendiri, untuk arwah anak saya, ibu saya dan untuk kamu semua.

“Baca al-Fatihah sekejap, tak sampai dua minit, tapi dia punya zat lain macam datang ke dalam jiwa kita,” katanya.

Pada sesi siaran langsung tersebut juga, pengikut turut meninggalkan komen supaya pelantun lagu I Am Me itu tidak lagi menyebut nama bekas pembantu peribadinya, Iqbal dalam sebarang perkongsiannya selepas ini.

Terdahulu, pasangan itu merancang mendirikan rumah tangga pada Disember akan datang tetapi berdepan pelbagai konflik seperti tidak mendapat restu kedua-dua anak Vida dan sebagainya.

Tidak setakat itu, Iqbal turut memberitahu hatinya sudah tawar dan telah membatalkan tempahan hotel untuk hari bahagianya bersama Vida. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI