fbpx

Warga PGA Bidor terima suntikan dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar (empat dari kiri) menunjukkan isyarat bagus bersama lain-lain pegawai agensi barisan hadapan semasa menerima suntikan dos penggalak di Kem PGA Bidor baru-baru ini.

TAPAH – Seramai 168 pegawai dan anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Bidor di sini menerima suntikan pada program Imunisasi Vaksin Covid-19 Dos Penggalak (booster dose) di markas pasukan berkenaan Jumaat lalu.

Pemberian suntikan ini adalah sepertimana yang ditetapkan bagi pegawai dan anggota yang terpilih di batalion berkenaan.

Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Superintendan Azhar Hashim berkata, program tersebut mendapat kerjasama daripada pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PPD) Batang Padang bagi memastikan proses pemberian vaksin berjalan lancar.

Menurut beliau, kesemua mereka diberikan suntikan vaksin dos penggalak daripada jenis Pfizer BioNTech.

“Selain warga batalion ini, turut menerima suntikan sama ialah 139 petugas barisan hadapan lain-lain agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, petugas PPD dan Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Batang Padang.

“Program ini dijalankan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” ujarnya menerusi paparan pada laman Facebook pasukan berkenaan.

Proses vaksinasi ini diselaraskan oleh dua pegawai dilantik iaitu Inspektor Khairul Marwan bersama Dr. Muhammad Hashimi Mohd. Upandi daripada Pasukan Bergerak Orang Asli Klinik Kesihatan Bidor serta dibantu wara batalion dan petugas kesihatan lain. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI