fbpx

Hanya segelintir guru belum divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hang Soon (dua dari kanan) berbual dengan guru pra-sekolah, Azzatul Azlin Mat Aripin (kiri) semasa lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Bersih di Ulu Slim, Slim River hari ini.

TANJUNG MALIM – Hanya sebilangan kecil guru di seluruh negara yang belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, setakat kelmarin, 98.7 peratus atau 408,331 orang guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Katanya, seramai 400,678 orang atau 97 peratus guru pula telah lengkap menerima suntikan vaksin berkenaan.

“Memang ada guru yang belum divaksin namun jumlahnya sangat kecil, hanya segelintir sahaja.

“Jadi, saya galakkan mereka untuk segera mendapatkan suntikan vaksin, kalau boleh secepat mungkin,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Bersih di Ulu Slim, Slim River di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI